Ahad, 22 November 2009

Cutiku Yang Bermakna...


Pada Sabtu bersamaan 21 November 2009 yang lepas, saya bersama keluarga pergi ke Melaka. Tujuan saya pergi Melaka ialah untuk melihat maktab di mana abang saya, Arifudin akan berkhursus pada hari Isnin( hari ini). Sambil bersiar-siar di situ, kami singgah di 'Melaka River Cruise'.

Di situ, kami menaiki bot yang mengelilingi bandar Melaka. Ketika melalui sungai di situ, kami diceritakan tentang pelbagai sejarah di tempat tersebut. Di situ, saya juga dapat melihat pokok-pokok bakau dicelah-celah bawah jambatan, Eye On Melaka dan macam-macam lagi pemandangan yang menarik hati.


Itulah cerita saya sepanjang perjalanan di Melaka. Setibanya di dalam kereta, saya tertidur sehingga sampai di rumah. Penat betul tapi best sebab first time.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama