Ahad, 27 Disember 2009

Lawak 2

Lawak 1

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Lawak 3

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 5

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Label:

Ahad, 20 Disember 2009

Lawak

Akhirnya, Pak Mustar yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung. Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Mustar mencondongkan badannya ke kanan. Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapa saat kemudian kembali Pak Mustar mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Mustar kembali ke biliknya. Keesokan harinya anaknya datang melawat.
“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”
“Masalah apa ayah?”
“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

Label:

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Label:

Ahad, 13 Disember 2009

Lemah jantung dibuatnya!

Perghh... terkejut saya dibuatnya. Apsal saya pulak kena jadi? Saya masih belum bersedia lagilaa..

Itulah perasaan saya semalam semasa di surau Taman Seri Aman. Saya disuruh menjadi IMAM! Camne orang tak terkejutkan? Saya orang paling muda daripada jemaah-jemaah lain. Semua tak nak jadi imam di kalangan 4 orang itu termasuk saya. Yang penting, kalau saya jadi imam, mesti para pengunjung tak percaya, betul tak? Saya sebenarnya boleh jadi imam, tapi kasi orang tua dululahkan. Bak kata orang, budi bahasa budaya kita.Hu...hu..hu...Okeylah, itu je nak beritahu. Wassalam.

Label:

Isnin, 7 Disember 2009

Benarkah atau tidak ?

Cerita ini berlaku pada bulan Jun. Ia juga berlaku semasa saya hendak ke sebuah kelas yang diadakan perjumpaan unit persatuan( hari Rabu).

Pada masa itu, saya bersama kawan saya bernama Izzat sedang makan sebelum perjumpaan . Selepas itu, datang pula kawan saya lagi satu, Akid mengajak saya pergi kerana waktu perjumpaan hampir bermula. Saya pun ikut. Sementara itu, Izzat berkata bahawa dia hendak ke surau dan saya membiarkannya. Apabila saya hendak menaiki tangga, tiba-tiba Izzat berada di situ! Saya mula berasa seram sejuk. Saya bertanya kepadanya adakah dia mengikut kami dari tadi? Tapi, dia hanya mendiamkan diri. Selepas itu, kami tidak ambil peduli dan terus ke kelas perjumpaan. Fikiran saya keliru. Saya ingat lagi, saya sendiri yang nampak dia ke surau sebelum kami pergi. Setahu saya tempat yang saya lalu, tiada jalan lain. Kalau ada pun, jalan yang jauh.

Jadi, macam mana tu? BENAR atau TIDAK?

Label: